Frequent Ask Questions

Frequent ask questions for customer. 
Home  >  FAQ

Bolehkah Cetak menghasilkan kotak tempahan khas (custom made)? 

Boleh, hubungi kami di Whatsapp untuk sebut harga selanjutnya. 

Berapakah MOQ (minimum order quantity)?

MOQ adalah 100 unit tetapi untuk harga yang lebih berpatutan, kami cadangkan 500, 1000 unit dan ke atas.

Adakah Cetak menjual kotak sedia (ready stock)? 

Maaf, kami tidak menjual kotak sedia ada (ready stock).

Bagaimanakah untuk mendapatkan sebut harga (quotation)? 

Melalui maklumat yang diberikan terutamanya saiz panjang x lebar x tinggi dan kuantiti yang diperlukan.

Mengapakah sebut harga (quotation) dikira berdasarkan saiz?

Kerana ia akan menentukan saiz kertas yang akan digunakan. Kami mempunyai beberapa saiz dari A5 sehingga A1+ dan harga berbeza mengikut saiz kertas dan kuantiti.

Apakah perbezaan terma saiz tutup (close size) dan saiz bukaan (open size)?

Close size adalah saiz kotak apabila kotak telah dilipat mananakala open size adalah saiz apabila berada dalam keadaan mendatar (flat shape) dan langsung tidak dilipat.


Close size mempunyai tiga bahagian ukuran iaitu panjang x lebar x tinggi manakala open size mempunyai dua bahagian ukuran iaitu lebar x tinggi. Harga berdasarkan open size dan bukan close size. 

Adakah bentuk kotak yang berbeza akan memberikan kesan kepada sebut harga?

Berkemungkinan harga akan berbeza, ia bergantung pada saiz kertas yang diperlukan.

Harga yang diberikan untuk berapa colour printing?

Bergantung kepada spesifikasi kotak. 4c printing adalah untuk colourful printing jadi tiada batasan dalam pemilihan warna. 1c hanya untuk cetakan satu warna sahaja iaitu sama ada cyan, magenta, yellow atau black.


0c adalah untuk kotak tanpa printing, bermaksud warna kotak bergantung pada material yang digunakan. Contohnya, kotak akan berwarna putih sekiranya menggunakan art card 0c.

Adakah harga akan berbeza antara 4colours, 1colours dan 0colour?

Ya, 4c mahal sedikit berbanding 1c dan 0c.

Bolehkah pelanggan mencetak pantone colour?

Boleh, tetapi pantone colour menggunakan special ink dan cara bancuhan yang berbeza dengan CMYK. Harga untuk pantone colour lebih tinggi berbanding CMYK.

Bagaimanakah cara untuk memilih pantone colour untuk kotak?

Kami ada menyediakan buku pantone dan pelanggan boleh datang ke pejabat urusan kami untuk memilih sendiri kod warna pantone.

Adakah cetakan hanya boleh dibuat pada bahagian luar kotak sahaja?

Tidak, cetakan boleh juga dicetak pada bahagian dalam kotak harga tambahan akan dikenakan.

Berapakah harga tambahan yang dikenakan untuk cetakan bahagian dalam kotak (double sided print)?

Bergantung pada saiz kotak, namun anggaran harga lebih kurang cetakan single side x 2 (outside print + inner side print).

Dimanakah saya boleh melihat hasil kerja yang telah dibuat oleh Cetak?

Pelanggan boleh melayari website kami https://cetak.com.my/products/gallery/PRODUCT-BOX/173/ atau boleh terus buat temu janji (appointment) dengan salesperson kami untuk datang ke pejabat urusan. Kami juga boleh mencadangkan bentuk dan saiz kotak yang sesuai berdasarkan produk pelanggan.

 Selain daripada hasil kerja di website, bolehkah Cetak mencetak bentuk tempahan khas (custom shape) yang lain?

Boleh, pelanggan perlu memberi kami contoh gambar kotak yang diperlukan untuk kami semak dan tetapkan samada bentuk tersebut bersesuaian dengan kapasiti kami atau sebaliknya.

Apakah material yang tersedia? 

Kami boleh mencetak kotak dengan menggunakan jenis material art card, boxboard, kraft card, white coated kraft (1 side art card) dan carton box.

Bolehkah mencetak pada kotak chipboard?

Cetak tidak menyediakan servis cetakan pada kotak chipboard.

Adakah Cetak boleh mencetak material plastik, aluminium foil, kain, kulit atau selain daripada kertas?

Cetak tidak menyediakan servis cetakan pada material seperti di atas.

Apakah jenis kemasan tambahan (additional finishing)  yang boleh dibuat?

Kami menyediakan servis hot stamping, emboss & deboss, spot uv, extra gluing, perforation line, diecut window, dan diecut window + pvc plastic.

Berapakah hari yang diperlukan untuk pencetakan?

Bergantung kepada material dan finishing tambahan yang digunakan:


Adakah sebut harga (quotation) yang diberikan sudah termasuk servis reka bentuk grafik (design)?

Sebut harga (quotation) diberikan tidak termasuk caj reka bentuk grafik. Kami akan menyediakan saiz templat kepada pelanggan dan pelanggan perlu memasukkan sendiri design pada template tersebut.

Apakah pakej sekiranya saya ingin menggunakan servis pereka grafik dari Cetak?

i) Pakej Ambil Fail Jpg - RM2 setiap minit: 

Fail berformat Jpg akan disediakan untuk simpanan pelanggan sebagai paparan laman web / facebook.  


ii) Pakej Ambil Fail Asal - RM3 setiap minit: 

Fail asal berformat Ai / Psd akan diberikan kepada pelanggan. Pelanggan boleh mengekalkan fail tersebut atau memberikan fail tersebut kepada pereka grafik yang lain untuk meneruskan kerja. 


Berapakah masa yang diperlukan untuk menghasilkan satu reka bentuk grafik?

Bergantung kepada spesifikasi konten dan permintaan pelanggan. Kami mencadangkan pelanggan untuk membuat janji temu bersama pereka grafik kami sama ada secara berhadapan atau atas talian bagi memudahkan urusan perbincangan. 

Bagaimanakah kaedah pembayaran?

Kami menyarankan pembayaran secara atas talian (online) tetapi pelanggan masih boleh membuat pembayaran secara tunai.

Adakah Cetak menyediakan servis penghantaran?

Ada, kami hanya menggunakan kurier J&T express sahaja dan caj tambahan akan dikenakan.